Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

PEROKOK SEORANG YANG BIADAB ??

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم السلام عليكم

Hmmm. mesti ramai yang marah-marah kat aku bila lihat topik ni.. Tapi pada pendapat peribadi aku, perokok memang seorang yang kurang ajar. ye kenapa???????

Korang pernah tak lepak-lepak kat kedai makan atau mana-mana lah , lepas tu datang seorang perokok. Dengan muka tak bersalahnya dia nyalakan rokok depan korang dan dengan selambanya juga menghembuskan asapnya depan korang??? so tu bukan ke kurang ajar namanya... Aku paling menyampah orang yang macam tu pentingkan diri sendiri langsung takde rasa hormat dengan kawan yang tak merokok.

Lagi bertambah kebenggangan aku bila jalan dengan keluarga gi tempat yang sepatutnya tempat larangan merokok bila ada je mamat-mamat yang sengal atau  sekolah tinggi-tinggi , b***h bertingkat-tingkat merokok kat situ. Di atak pikir ke ada orang tua dan kanak-kanak kat kawasan tu. Kalau ia pun nak mati sebab asap rokok tu mati lah sorang-sorang jangan libat orang lain. Begitu juga dekat gerai atau kedai makan, mesti ada orang dengan selambanya merokok tanpa memikirkan orang lain.

Dalam Islam apa-apa yang boleh merosakkan tubuh badan adalah haram, agak2 koranglah rokok ni merosakkan diri ke tak? Kebanyakkan negara arab dah haram kan rokok ni. Kat malaysia ni pun dah ada negeri yang mengeluarkan fatwa rokok tu haram. Korang tak malu ke Allah dah jadi kan jasab korang cukup sempurna tapi bila korang kembali kepadaNYA denga peparu yang hitam. Saintis di Australia sendiri pun ada buat kajian terdapat DNA BAB1 dalam filter rokok ni dan yang bestnya dalam dunia cuma 1 syarikat je yang supply filter untuk rokok... aku pun pelik kenapa saintis tu buat ujian dna BAB1 tu, sedangkan dorg tu bukannya muslim. Tapi yang bertambah aku hairan perokok-prokok tegar ni, bagilah apa pun fakta sekali pun tak dikisahnya... cuba korang bayangkan hari hisap rokok yang mengandungi dna babi tu. Dah berapa banyak  benda tu masuk kat paru-paru korang. dan macam  plak lah korang nak samak...Tu aku malas nak citer pasal support kat yahudi laknat  tu lagi . Kalau dulu korang sibuk nak boikot makanan segera sebab support yahuni laknat tu, apa kejadahnya dengan rokok. Bangsa yahudi yang cipta rokok tapi bangsa mereka juga yang tak merokok.




So, buat perokok, kalau nak merokok juga itu hak engkau  tapi hormatilah hak orang lain juga terutama di kawasan larangan merokok. Cuba korang bayangkan  berapa ramai manusia yang menyumpah korang sebab asap rokok korang tu.. INGAT KATA MERUPAKAN SATU DOA..!!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Bila Nilai Kemanusiaan kian pudar


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم

Pagi semalam tersebar satu video yang cukup menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar dan biarkan begitu sahaja oleh orang ramai yang lalu lalang walaupun kanak-kanak tersebut masih lagi bernyawa. Lagi yang tak boleh terima sebuah lori datang dan melanggar kanak-kanak yang nyawa2 ikan tu.Kini kanak2 tersebut dalam keadaan koma. Mungkin kisah tak kisah sgt sebab ini berlaku di china.
 tak sanggup aku nak tengok, korang?? klik sini

Itu diluar negara bagaimana plak di Malaysia??? kalau kita lihat saban hari tersiar berita pembunuhan kejam dan juga pembuangan bayi. Nilai kemanusiaan kita semakin hari semakin merosot.. apa puncanya? ada kah pemakanan kita dari sumber yang tidak halal atau didikan keagamaan dalam diri kita dah takde. Dalam harian metro semalam, seorang suami merancang membunuh isterinya dgn membakar hidup-hidup.Sungguh kejam sang suami itu. Dan  semalam juga terjadi di sarawak..( Malaysia tu bukan luar negara)  seorang pelajar berusia 16 tahun melahirkan anak di asrama sekolah dan lebih menyedihkan dia sanggup mengelar perut anak itu sehingga mati. Manusia apakah mereka ini. Jika mereka dikatakan binatang, binatang pun lebih mulia dari mereka. Orang macam tu lebih jahat dan kejam dari syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis cuma merosakkan manusia tetapi tidak bangsanya sendiri tetapi manusia???
Mungkin ini lah dunia di akhir zaman...



Ni sumber baru aku dapat, Kanak-kanak perempuan tu dah meninggal semalam...(updated 14.00)


 

Selasa, 11 Oktober 2011

Hati-hati bila kereta anda dilanggar

Dalam Facebook sekarang ramai yang share pasal rompakan di stesen minyak. Tak silap aku kes tu terjadi diluar negara. Tapi baguslah sebagai peringkatan kepada pemandu supaya sentiasa kunci kenderaan walaupun terdapat penumpang di dalamnya.

Ni pulak modul operasi baru kumpulan-kumpulan yang mencuri kereta mewah atau import. Hati-hatilah jika anda dilanggar dari belakang. Banyak kes terbaru kejadian curi kereta  berlaku apabila suspek mendapat mangsa dengan melanggar belakang kereta mangsa. Bila orang dah langgar belakang tentu kita akan berhenti serta keluar dari kereta. ketika itu kumpulan tersebut akan merampas kenderaan anda. Mereka terdiri dari 4 orang. Kes seperti ini terjadi pada kawan wife aku bila keretanya dirampas dengan cara tersebut. Dalam akhbar pun ada kisah seorang ibu hampir kehilangan bayinya apabila keretanya dirampas dan bayinya ada didalam. Nasib ibu tu agak baik bila bayinya ditinggal di tempat awam bersama handphonenya. Dan kejadian terbaru yang aku baca dalam akhbar pagi tadi, cara yang sama anggota ahli yang sama tetapi kali ni mangsanya seorang lelaki. Bukan sahaja kenderaannya dicuri, mangsa juga dipukul.

sekadar peringatan seandainya kenderaan kita di langgar dari belakang, jika was-was  ambil nom plate kenderaan tersebut dan buatlah laporan di balai polis.
 Akhbar semalam  refer sini :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagadibelasah_keretadilarikan/Article/index_html

Isnin, 10 Oktober 2011

Fenomena Bulan 2 -kebetulan atau ketentuan??



Sejak malam tadi aku terfikir tentang fenomena bulan yang berlaku.  2 tahun lepas fenomena ini berlaku pada 31 oktober 2009 dan dalam musim haji . Pada tahun ini pulak berlaku pada 9 oktober 2011 juga dalam musim haji. adakah ini kebetulan atau ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Sampai di office aku terpikir nak cari tarikh tersebut dalam tahun hijrah, so ini lah yag aku dapat. Agak mengejutkan bila  tarikh kejadian  fenomena itu berlaku bila di tukarkan kepada  kalendar hijrah adalah sama. beza cuma 1 hari je. Memang hebat ketentuan dari Allah . Maha Suci Allah....

Fenomena Lunar moon


Malam tadi  kecoh juga di facebook aku pasal fenomena bulan yang agak luar biasa. aku pun tak tau nak terang macam mana tapi ni kali kedua aku tengok. Kali pertama 2 tahun lepas di kampung aku. Kejadian tu berlaku pada 31 /10/2009 dan dalam musim haji. Kali ini juga berlaku dalam musim haji juga. tahun lepas aku pun tak pasti samaada fenomena ini berlaku atau tak. Tapi yang tak seronoknya apabila ada pihak-pihak tertentu yang mengait fenomena ini dengan benda-benda mengarut. contoh 2 tahun  lepas ketika fenomena ini berlaku , aku mendapat sms yang mengatakan tepat 12 malam ( hebat tul manusia tu bleh tau waktunya) satu gelombang magnet besar akan berlaku dan akan menyebabkan semua peralatan eletrik serta elektronik akan rosak. Penghantar sms tu menyuruh semua tutup handphone sebelum jam 12. Aku tak off pun saja-saja nak tengok apa yang akan terjadi. Takde apa pun berlaku...

Dan malam tadi, mula tersebar sms yang mengarut dengan mengatakan 40 hari bernula dari malam tadi akan berlaku sesuatu yang dahsyat. Memang hebat siapa manusia yang  boleh meramal perkara tu..(hahahahahah..)

Sebagai Umat Islam seharusnya kita melihat perkara tersebut sebagai peringatan Allah kepada kita supaya sentiasa mengingatiNya. Tak perlulah kita sebar-sebarkan perkara-perkara tahyul mahyul ni....

Jika nak tahu lebih jelas fenomena ni refer kat sini http://home.hiwaay.net/~krcool/Astro/moon/moonring/

Rabu, 28 September 2011

Harga Emas Jatuh

Beberapa hari kebelakangan ini harga emas dunia merundum, sesiapa yang minat kumpul emas mesti tgh seronok nak tambah koleksi peribadi dorg. Aku dengar khabar angin minggu depan emas akan jatuh lagi. ini disebabkan orang-orang amerika sibuk jual emas untuk beli US dollar entah betul atau tak aku tak tahu ler..
Jom ramai kita beli emas buat simpanan. tak rugi pun...

Isnin, 26 September 2011

Darjah 4 dah jadi ketua penyamun

Macam dah terjadi dunia sekarang ni, darjah 4 pun dah jadi ketua penyamun. Bukan sikit-sikit plak yang disamun tu, rm5k. pecah rumah  lagi tu. Aku dulu umur macam tu cuma pandai main kejar-keja je ( police and thief). Budak sekarang ni bukan main-main lagi tapi terus buat jenayah .. hebat-hebat...

http://www.hmetro.com.my/articles/Muridtahun4ketuapenyamun/Article